| Belangkas tanpa pasangan nya, jumpa di PD last year. |
Cerita pasal makan, kita di Malaysia memang mewah dengan makanan, sampai tak taw nak makan apa...
tu yang selalu di dengar di pejabat waktu keluar nak cari makan tengah hari. Kalau di Johor nih, ada sesuatu makanan yang mungkin sukar didapati di negeri lain. Ianya memang eksotik, mungkin hanya terdapat di Kota Tinggi jer....taraaaa telur belangkas. Telur belangkas masak asam pedas, memang sodap geng. Kepada peminat asam pedas, boleh cuba asam pedas telur belangkas...jangan fikir pasal kolestrol belasah jer, yang penting jangan terlampau . Dihidangkan dalam bentuk kepingan yang telah dipotong sebesar 3 - 4 inci, kita perlu membuka kulit keras utk mendapatkan telur yang melekat pada dinding nya. Rasa nya lemak lemak buat kan meleless ayaq lioq denn semasa menaip entry nih. .Sayang tak der pulak piic. nya, tu hari dik kerna terlalu ghairah nak mencuba, hingga terlupa nak ambil kemera dalam kereta.. Kalau ke Kota Tinggi, gerainya bersebelahan denggan stesen minyak ( ESSO kot... dah lupa laa) berhadapan dengan pejabat JPS. Datang la sewaktu masa mkn t/hari, kalau lewat, geget jari lerr. Mungkin juga ada di gerai lain tapi hanya itu yang denn taw. Satu hari mau lagi kesana, menikmati masakan asam pedas dan masakan kampung .
| Udang masak lomak |
Udang besor beb, nie masa makan di Melaka, kedainya di depan Taming Sari .Pelbagai lauk ada di sini.. Di Melaka lain sikit pesen nya, tapi bagus kalo di cuba. Sarapan pagi roti canai dengan kuah asam pedas siap ada ikan nya sekali, mula mula rasa pelik tp bila cuba, nah hambek ko, 3 kepings untuk denn seorang jer. Satu lagi, asam pedas nya di served dengan telur masin, satu combination yang agak baik ,kira semua sedap laa .
Dodol Melaka juga berbeza dengan dodol dari negeri lain, mungkin yang terbaikk berbanding dengan dodol lain kot... heheh tu very subjektif kan,
Malam ni, denn pun tak taw nak makan apa, so bedal mee segera perencah laksa... semasa masak air tu, denn campak kan segala jenis rempah ratus, garlic, tomato dan sebiji telur....perghhh denn seorang jer yang rasa, sodap ker idak, telan jer.
2 comments:
wah...sedap lah udang tu...
sedap memang sedap,kepala nya sangat berlemak.. tapi sedap lagi ikan sembilang kan..hehehe
Post a Comment