sunset

sunset
Pasir Panjang , Nogori Sembilan

Tuesday, 28 February 2012

salah massuk...

Elooo... korang jangan gelak baca ini entry, kerana gara gara tersasul atau salah massuk...kesilapan yang tak disengajakan. Banyak kejadian adalah secara kelalaian diri sendiri.
Cerita yang pertama  ialah tersalah naik kereta api, agak agak 25 tahun yang lepas, zaman belajar di Kolumpo. Denn nie suka pada subjek geografi , maka suka lah nak mengenal negeri orang. Maka tergerak pada satu hari tu nak balik ke Pahang menaiki kereta api instead of naik bus supaya dapek tengok negeri Johor la kunun , walaupun dah tahu, jarak dan masa yang diambil berganda daripada mengikuti jalanraya , iaitu dgn menaiki bas. Denn suka jalan secara solo jer, maka that why tersasul. Berjemaah itu lebih baik kan. Sampai di stesen kereta api, beli tiket, dan tak lengah terus naik kereta api kerana  jadual perjalanan agak dalam 30 minit lagi. Tunggu punya tunggu, kereta api tak juga bergerak, orang pun tak ada dalam coach. Dalam 1 jam menunggu, baru lah ramai orang menaiki coach. Heran juga, kenapa mereka ni banyak yang speaking loghat utara.. denn cuba tanya kat satu brother tu, ni keretapi ke Johor kan.. adikk nie dah tersalah ..ya hampun... rupa nya denn tersalah naik gerabak .. keretapi tu akan menuju ke utara..cepat cepat turun, manakala keretapi itu pun suda mula bergerak perlahan lahan.... nasib baik sempat turun.... adehhhh kenapa la jadi mcm ni....Melopeh denn, dua dua tak dapat, terpaksa balik asrama dengan langkah yang longlai...akibat teringin sangat nak ke Johor, hingga ka la nie, dah 9 tahun bermaustatin di negeri ini.

Kesah kedua... tersalah naik kereta. Nie memang kecuaian diri sendiri. Den parking depan Ampang Point. Alarm rosak, lock guna kunci jer. Bila dah shopink, pergi kat kereta, teruss jer masuk dalam. Oittt kenapa lain mcm jer kereta nih, hahaha ssalaah massuk lagi. Tuan keter dah datang menghampiri kereta nya... cepat cepat denn minta maaf, kalo tidak kena pelangkung free jer. Patut la dia tak lock keretanya, dia ada berdekatan menunggu seseorang. Kereta denn pulak hanya berada di belakang kereta nya.. Kami pecah perut ketawa on the way balik.

Kesah ketiga... yang nie lagi dashyat... sikit lagi tersalah naik kapal terbang., baru jer terjadi, guna penerbangan tambang murah ... hahaha ketawa sendirian bila mengenangkan kesah nie. Denn dah lama tak naik k/terbang, ..orang kampung... last naik tahun 2003. Hari tu flight delay, waktu dlm jam 10 mlm. Masa di boarding room, dok paling depan, bila jer panggilan boarding , apa lagi terus gerak ke k/terbang. Masa berjalan tu, dok sembang dengan kawan... makin jauh berjalan lain pulak tengok orang yang lalu lalang. Lain macam jer... nampak mcm org o/sea, Korea , Jepun , mat salleh, tak nampak pun orang Mesia...ahhhhh dah panik, berpeluh dahi... tadi mamat tu kata k/terbang  yg bernombor  xxxx 2 , so denn tengok nombor yang dihujung nya .. iaitu no 2. hahhh  bila dah dekat dgn pesawat tu , ropanya bukan no 2 tapi huruf Z... aduiii, tanya kat org org situ , semua tak tahu...denn patah balik,  berlari.., nampak pekerja syarikat penerbangan tu... dan  terus tanya mana pesawat ke JB... seb baik tak berlepas lagi ..lega ..bila sampai ke pesawat  , denn ada lah penumpang yang terakhir menaiki tangga.

Jangan gelak yer... asal jangan salah balik rumah dah lerr...

Sunday, 26 February 2012

hati yang kecil.... bukan kecil hati

Hi. there...Bila dah ada blog kena la di hupdate kan, hmm apa nak di tulis utk entry kali ni,  mcm da tak ada idea. Masa yang ada jangan di bazir kan. Bling bling bling... hahhh ,dah dpt idea pun.. denn nak bercerita tentang se eokr tikus yg sentiasa tidak puas hati.

Ada pun pada di zaman dahulu kala, gamak nya haiwan dan manusia boleh berkomunikasi kot...di sebua rumah, ada seekor tikus yang sentiasa di dalam ketakutan. Ia tidak pernah rasa selamat kerana selalu di buru oleh se ekor kucing. Puas dia berfikir, apa kah cara untuk dia tidak lagi dlam ketakutan itu. Keluar lah dia dari rumah itu untuk mencari  seorang yang  boleh menyelesaikan masaalah nya.
Maka terjumpa dia akan seorang tukang sihir dan bercerita lah si tikus  tentang kucing itu , bagi nya kucing ada lah haiwan yang paling kuat. Wahai tukang sihir, boleh kah kamu menukarkan ku menjadi se ekor kucing,  Boleh bha kalo ko, jawab si tukang sihir itu....Bling bling bling... maka tikus itu telah bertukar jadi kucing... meow... meow.. dia terus pullang ke rumah tempat tinggal nya dengan tiada lagi rasa takut. Belom pun sempat masuk ke pintu pagar, terus dia di jerkah oleh anjing pula... halamak, ini  tidak menyelesaikan masaalah , takut pulak dia pada anjing.

Tikus yg telah bertukar jadi kucing berjumpa sekali lagi dengan tukang sihir, Boss, apa macam , boleh kah ko tukar kan saya jadi anjing pula.... hmm no problemo jawab si tukang sihir... bling bling bling... maka bertukar pula dia menjadi se ekor anjing. Bha, kuat suda saya nih, dengan mendabik dada dia berjalan pulang ke rumah... belom pun jauh dia berjalan, di kejar pula oleh se ekor singa. Aduiiii tidak boleh jadi nih, aku dikejar oleh singa pula, rupanya singa lebih kuat dari anjing.

Maka sekali lagi dia pergi berjumpa dengan tukang sihir... mati la saya kalo macam ini, tidak saya mahu jadi anjing lagi , boleh ka ko tukar kan saya menjadi singa . Bha bha bha... boleh  no hal, bling bling bling... dalam sekelip mata bertukar menjadi singa pula. Sudah 3 kali dia bertukar rupa, nie wish yang terakhir beb.

Sekarang aku lah yang paling kuat, aku akan kerja kan kucing dan anjing yang menganggu aku ... hahaha perasan lebih si singa nie, taw taw ada pemburu sedang mengekori nya... aduiii sekali lagi dia melarikan diri menuju kerumah tukang sihir ... takut... takut... takut... Oh tukang sihir, boleh kah ko menukar kan aku sekali lagi, aku mahu menjadi sebagai manusia. Wahai singa, aku tidak boleh menukarkan kamu menjadi manusia..sekiranya kamu bertukar menjadi manusia sekali pun, jika hati kamu itu kecil maka selagi itu lah kamu sentiasa di dalam ketakutan.... last sekali... bling bling bling dia bertukar kembali menjadi tikus.

Nahhh, apa kah moral of the story dari cerita di atas,,,
Kita kena buang ketakutan yang tersimpan dalam jiwa , jangan menjadikan hati kita kecil seperti tikus tu... berani , tempoh dan redah apa cabaran yang mendatang. Selagi asyik fikir takut.pada cabaran, kita tidak akan maju ke depan. Denn kadang tu kena juga sound dgn my eldest son, "apa la ayah nie asyik fikir yg negatif jer" Memang betul, denn nie terlampau fikir kan yang negatif, terlampau banyak fikirkan halangan bila nak membuat sesuatu. Thank you my son... kamu selalu menegur ayah, ada betul juga kata kata anak ku. Tapi ayah nya biasa laa, buat macho depan kamu semua... hehehe. pssstttt jangan kasi pecah rahsia ekkk.

Cinta Monyet...


Kera di PD, lepak atas bumbung kereta

Hi there... minta maaf adik kakak, tajuk entry ini tiada berkaitan dengan cintan cintun, cuma nak bercerita mengenai monyet. Di 30 tahun yang lepas, huhuhu lama tuh, zaman muda remaja.. me and my family berkebun, menanam jagung di tanah yang baru dibuka, maka semesti nya di kawasan hutan. Banyak musuh tanaman, malam hari kerbau pendik, siang hari monyet. Serangan kerbau pendik datang sekali sekala, kira manageable laa, tapi yang tak boleh denn duduk diam ialah monyet, mulai  matahai timbul hingga terbenam , depa dok stanby jer atas pokok , kalau leka ,jagung akan di rembat nya.
Kenapa pepatah "cinta monyet " apa kaitan cinta dengan monyet...agak nya begini kot.... seperti di kebun denn tu , monyet monyet nie, cuma merosak kan jer, dapat satu jagung, makan sikit tinggal, kemudian petik jagung lain...maklum la masih banyak jagung yang  boleh di ambilnya ...hehehe betul  ker cinta monyet macam tu, tak kekal.

Lontong di Langkawi, tengok bulu anak nya...berlainan dengan ibu nya.

Lontong Jantan... nampak kan anu nya itu hehehe.

Tapi zaman da berubah, kalau dulu denn memang geram sangat gerram dengan monyet tapi sekarang tidak lagi. Kalau nampak di sepanjang jalan, kasi bunyi hon and sebagai tanda "peace" pada mereka. Segala flora dan fauna, ada guna nya pada sistem ekologi alam sekitar. Mereka bukan dijadikan dengan sia sia.. Jika ada masa, bila ke Sabah nanti , denn nak pergi tengok specis monyet belanda di Sandakan. Itu hari masa di Sepilok, kena kejar dengan Orang Hutan, mencicit denn lari sambil mendukung 2 orang anak... besar beb orang utan tu, ranjer pun sama ikut lari.


monyet belanda, minta maaf yer, yang ini pun menunjuk kan  anu nya.










Saturday, 25 February 2012

apa nak makan.....


Belangkas tanpa pasangan nya, jumpa di PD last year.

Cerita pasal makan, kita di Malaysia memang mewah dengan makanan, sampai tak taw nak makan apa...
tu yang selalu di dengar di pejabat waktu keluar nak cari makan tengah hari. Kalau di Johor nih, ada sesuatu makanan yang mungkin sukar didapati di negeri lain. Ianya memang eksotik, mungkin hanya terdapat di Kota Tinggi jer....taraaaa telur belangkas. Telur belangkas masak asam pedas, memang sodap geng. Kepada peminat asam pedas, boleh cuba asam pedas telur belangkas...jangan fikir pasal kolestrol belasah jer, yang penting jangan terlampau . Dihidangkan dalam bentuk kepingan yang telah dipotong  sebesar  3 - 4 inci, kita perlu membuka kulit keras  utk mendapatkan telur yang melekat pada dinding nya. Rasa nya lemak lemak buat kan meleless ayaq lioq  denn semasa menaip entry nih. .Sayang tak der pulak piic. nya, tu hari dik kerna terlalu ghairah nak mencuba, hingga terlupa nak ambil kemera dalam kereta.. Kalau ke Kota Tinggi, gerainya bersebelahan denggan stesen minyak ( ESSO kot... dah lupa laa) berhadapan dengan pejabat JPS. Datang la sewaktu masa mkn t/hari, kalau lewat, geget jari lerr. Mungkin juga ada di gerai lain tapi hanya itu  yang denn taw. Satu hari mau lagi kesana, menikmati masakan asam pedas dan masakan kampung .


Udang masak lomak

Udang besor beb, nie masa makan di Melaka, kedainya di depan Taming Sari .Pelbagai lauk ada di sini.. Di Melaka lain sikit pesen nya, tapi bagus kalo di cuba. Sarapan pagi roti canai dengan kuah asam pedas siap ada ikan nya sekali,  mula mula rasa pelik tp bila cuba, nah hambek ko, 3 kepings untuk denn seorang jer. Satu lagi, asam pedas nya di  served dengan telur masin, satu  combination yang agak baik ,kira semua sedap laa .
Dodol Melaka juga berbeza dengan dodol dari negeri lain, mungkin yang terbaikk berbanding dengan dodol lain kot... heheh tu very subjektif kan,

Malam ni, denn pun tak taw nak makan apa, so bedal mee segera perencah laksa... semasa masak air tu, denn campak kan segala jenis rempah ratus, garlic, tomato dan sebiji telur....perghhh denn seorang jer yang rasa, sodap ker idak, telan jer.

Friday, 24 February 2012

I need fresh air......

Selain permandangan yang menakjubkan dari puncak Gunung Mat Cincang , Langkawi udara nya pun uhhhh nyaman . Pengalaman menaiki cable car amat teruja.
My fren yg dalam kategori heavy smoker bilang... rokok pun tak sedap, mungkin kerana kesan altitude. Ketinggian nya dalam 700 m atau separuh dari ketinggian Gunung Kinabalu.

Gunung Kinabalu, puncak tertinggi di Asia Tenggara, hajat denn nak mendaki tak tercapai, lutut dah cedera. Kalau la ada cable car menuju ke Gunung Kinabalu ... perghhh memang neriah pekan Kundasang. Moga satu hari nanti kerajaan negeri Sabah dapat menyediakan kemudahan untuk menarik lebih ramai pelancong ke negeri di bawah bayu itu. Banyak tempat menarik di Sabah belum ku tawan. Hajat nak kesana tak tercapai, tahun lepas, tiket kapal terbang , hotel , kereta sewa dah book.... aleh aleh penerbangan dibatal kan.... hmm geram yang teramatz.... Mesilau adalah salah satu tempat yang amat menarik di Kundasang. Udara nyaman dan hutan hijau yang masih dikekalkan... menarik minat ku untuk kesana lagi ..., kali terakhir denn ke Mesilau ialah tahun 2003.

testing... testing....1 2 3


ikan patin

Hai....anak patin, tu nama blog ini.... sudah semesti nya anak Pahang. Kesah ikan patin dan gulai tempoyak akan di cerita di lain entry, pic nya da terdelete kerana tak terniat pun nak ada blog sendiri .
Agak nya sudah 3 tahun, aku hanya mengikuti blog blog yg terdapat di tenet, terfikir juga untuk ku memiliki blog sendiri...idea ada lah penghalang utama untuk ku menulis... kalau ikut ungkapan P Ramli di dalam lakonan nya ... hantam saja lah Labu....maka aku pun menjadi seperti si Labu... hantam saja bha... jadi ku akan menulis mengikut apa yang terfikir secara spontan di dalam fikiran.
Nak bercerita tentang politik, tak pandai , apa lagi hal dan masaalah dalam dan luar negara. Nak berpalsafah jauh sekali....aku nie biasa biasa jer, kira oraitt juga orang nya...senang berkawan tapi pendiam... lately jer kena banyak bersuara...tu pun waktu di pejabat jer.
Hari ini 24/2/2012 blog anakpatin di bangunkan, cerita dan kesah disini cuma berkisar tentang kesah diri dan masyarakat negara kita. Harap ada pembaca dan kalau nak komen, komen la secara yang membangun...setakat komen typo erorr no hal....
OK setakat ini ku menulis...post dulu entry nih sebagai mukaddimah.