Elooo... korang jangan gelak baca ini entry, kerana gara gara tersasul atau salah massuk...kesilapan yang tak disengajakan. Banyak kejadian adalah secara kelalaian diri sendiri.
Cerita yang pertama ialah tersalah naik kereta api, agak agak 25 tahun yang lepas, zaman belajar di Kolumpo. Denn nie suka pada subjek geografi , maka suka lah nak mengenal negeri orang. Maka tergerak pada satu hari tu nak balik ke Pahang menaiki kereta api instead of naik bus supaya dapek tengok negeri Johor la kunun , walaupun dah tahu, jarak dan masa yang diambil berganda daripada mengikuti jalanraya , iaitu dgn menaiki bas. Denn suka jalan secara solo jer, maka that why tersasul. Berjemaah itu lebih baik kan. Sampai di stesen kereta api, beli tiket, dan tak lengah terus naik kereta api kerana jadual perjalanan agak dalam 30 minit lagi. Tunggu punya tunggu, kereta api tak juga bergerak, orang pun tak ada dalam coach. Dalam 1 jam menunggu, baru lah ramai orang menaiki coach. Heran juga, kenapa mereka ni banyak yang speaking loghat utara.. denn cuba tanya kat satu brother tu, ni keretapi ke Johor kan.. adikk nie dah tersalah ..ya hampun... rupa nya denn tersalah naik gerabak .. keretapi tu akan menuju ke utara..cepat cepat turun, manakala keretapi itu pun suda mula bergerak perlahan lahan.... nasib baik sempat turun.... adehhhh kenapa la jadi mcm ni....Melopeh denn, dua dua tak dapat, terpaksa balik asrama dengan langkah yang longlai...akibat teringin sangat nak ke Johor, hingga ka la nie, dah 9 tahun bermaustatin di negeri ini.
Kesah kedua... tersalah naik kereta. Nie memang kecuaian diri sendiri. Den parking depan Ampang Point. Alarm rosak, lock guna kunci jer. Bila dah shopink, pergi kat kereta, teruss jer masuk dalam. Oittt kenapa lain mcm jer kereta nih, hahaha ssalaah massuk lagi. Tuan keter dah datang menghampiri kereta nya... cepat cepat denn minta maaf, kalo tidak kena pelangkung free jer. Patut la dia tak lock keretanya, dia ada berdekatan menunggu seseorang. Kereta denn pulak hanya berada di belakang kereta nya.. Kami pecah perut ketawa on the way balik.
Kesah ketiga... yang nie lagi dashyat... sikit lagi tersalah naik kapal terbang., baru jer terjadi, guna penerbangan tambang murah ... hahaha ketawa sendirian bila mengenangkan kesah nie. Denn dah lama tak naik k/terbang, ..orang kampung... last naik tahun 2003. Hari tu flight delay, waktu dlm jam 10 mlm. Masa di boarding room, dok paling depan, bila jer panggilan boarding , apa lagi terus gerak ke k/terbang. Masa berjalan tu, dok sembang dengan kawan... makin jauh berjalan lain pulak tengok orang yang lalu lalang. Lain macam jer... nampak mcm org o/sea, Korea , Jepun , mat salleh, tak nampak pun orang Mesia...ahhhhh dah panik, berpeluh dahi... tadi mamat tu kata k/terbang yg bernombor xxxx 2 , so denn tengok nombor yang dihujung nya .. iaitu no 2. hahhh bila dah dekat dgn pesawat tu , ropanya bukan no 2 tapi huruf Z... aduiii, tanya kat org org situ , semua tak tahu...denn patah balik, berlari.., nampak pekerja syarikat penerbangan tu... dan terus tanya mana pesawat ke JB... seb baik tak berlepas lagi ..lega ..bila sampai ke pesawat , denn ada lah penumpang yang terakhir menaiki tangga.
Jangan gelak yer... asal jangan salah balik rumah dah lerr...
Jangan gelak yer... asal jangan salah balik rumah dah lerr...
2 comments:
huhuhu...kes nyah ni..sip ko sempat nek kapal terbang tu..lau tidak tdo kat apot lah u malam tu...
teda apa bha, ada juga kawan sa situ....
Post a Comment