sunset

sunset
Pasir Panjang , Nogori Sembilan

Sunday, 26 February 2012

hati yang kecil.... bukan kecil hati

Hi. there...Bila dah ada blog kena la di hupdate kan, hmm apa nak di tulis utk entry kali ni,  mcm da tak ada idea. Masa yang ada jangan di bazir kan. Bling bling bling... hahhh ,dah dpt idea pun.. denn nak bercerita tentang se eokr tikus yg sentiasa tidak puas hati.

Ada pun pada di zaman dahulu kala, gamak nya haiwan dan manusia boleh berkomunikasi kot...di sebua rumah, ada seekor tikus yang sentiasa di dalam ketakutan. Ia tidak pernah rasa selamat kerana selalu di buru oleh se ekor kucing. Puas dia berfikir, apa kah cara untuk dia tidak lagi dlam ketakutan itu. Keluar lah dia dari rumah itu untuk mencari  seorang yang  boleh menyelesaikan masaalah nya.
Maka terjumpa dia akan seorang tukang sihir dan bercerita lah si tikus  tentang kucing itu , bagi nya kucing ada lah haiwan yang paling kuat. Wahai tukang sihir, boleh kah kamu menukarkan ku menjadi se ekor kucing,  Boleh bha kalo ko, jawab si tukang sihir itu....Bling bling bling... maka tikus itu telah bertukar jadi kucing... meow... meow.. dia terus pullang ke rumah tempat tinggal nya dengan tiada lagi rasa takut. Belom pun sempat masuk ke pintu pagar, terus dia di jerkah oleh anjing pula... halamak, ini  tidak menyelesaikan masaalah , takut pulak dia pada anjing.

Tikus yg telah bertukar jadi kucing berjumpa sekali lagi dengan tukang sihir, Boss, apa macam , boleh kah ko tukar kan saya jadi anjing pula.... hmm no problemo jawab si tukang sihir... bling bling bling... maka bertukar pula dia menjadi se ekor anjing. Bha, kuat suda saya nih, dengan mendabik dada dia berjalan pulang ke rumah... belom pun jauh dia berjalan, di kejar pula oleh se ekor singa. Aduiiii tidak boleh jadi nih, aku dikejar oleh singa pula, rupanya singa lebih kuat dari anjing.

Maka sekali lagi dia pergi berjumpa dengan tukang sihir... mati la saya kalo macam ini, tidak saya mahu jadi anjing lagi , boleh ka ko tukar kan saya menjadi singa . Bha bha bha... boleh  no hal, bling bling bling... dalam sekelip mata bertukar menjadi singa pula. Sudah 3 kali dia bertukar rupa, nie wish yang terakhir beb.

Sekarang aku lah yang paling kuat, aku akan kerja kan kucing dan anjing yang menganggu aku ... hahaha perasan lebih si singa nie, taw taw ada pemburu sedang mengekori nya... aduiii sekali lagi dia melarikan diri menuju kerumah tukang sihir ... takut... takut... takut... Oh tukang sihir, boleh kah ko menukar kan aku sekali lagi, aku mahu menjadi sebagai manusia. Wahai singa, aku tidak boleh menukarkan kamu menjadi manusia..sekiranya kamu bertukar menjadi manusia sekali pun, jika hati kamu itu kecil maka selagi itu lah kamu sentiasa di dalam ketakutan.... last sekali... bling bling bling dia bertukar kembali menjadi tikus.

Nahhh, apa kah moral of the story dari cerita di atas,,,
Kita kena buang ketakutan yang tersimpan dalam jiwa , jangan menjadikan hati kita kecil seperti tikus tu... berani , tempoh dan redah apa cabaran yang mendatang. Selagi asyik fikir takut.pada cabaran, kita tidak akan maju ke depan. Denn kadang tu kena juga sound dgn my eldest son, "apa la ayah nie asyik fikir yg negatif jer" Memang betul, denn nie terlampau fikir kan yang negatif, terlampau banyak fikirkan halangan bila nak membuat sesuatu. Thank you my son... kamu selalu menegur ayah, ada betul juga kata kata anak ku. Tapi ayah nya biasa laa, buat macho depan kamu semua... hehehe. pssstttt jangan kasi pecah rahsia ekkk.

1 comment:

Anonymous said...

kita seharusnya ada keberanian untuk menghadapi apa saja kemungkinan kemungkinan yang bakal kita hadapi sebagai seorang manusia kerdil didunia ini..tak perlu takut..kerana manusia semuanya sama..kecuali status yang membezakan mereka, namun status tidak penting ..yang penting ada lah kebolehan kita untuk melakukan sesuatu..oleh itu jadi lah kita seorang yang kuat dan ada keberanian untuk menempuh cabaran....chaioooo2