ello there.... hari nie betul bengang, patut nya cuti cuti sekolah nie bawak family pergi jalan, tapi dek kerna kena siap kan kerja di opis, maka nya niat tu dibatal kan last minute... seb baik family faham.. tapi kena kadaq..di lain masa...
Orang sebelah sana, dok cerita pasal zaman skol nya ... orang sebelah sini nak cerita pasal pernah jadi orang bersalah, di oversea lagi beb.. Ada pun pada awal perkahwinan, memang enjoy sakan, pergi ke mana mana hanya berdua. Sekarang berlima pun syiok juga... Pernah kami berdua pergi ke Brunai, 1st trip pergi hari Jumaat, masa tu Jerudong Park baru buka. Rupa rupa nya di Brunai, Hari Jumaat is off day dan Jerudong Park ditutup bagi menghormati hari Jumaat, so pergi di Jerudong Park tapi tak dapat masuk pun... tak per , tak per... lain kali bole datang lagi. So few months after that, kami pergi lagi for the 2nd trip.
Entah macam mana, tak perasan denn punya pasport lagi 2 minggu lagi akan expired. Itu pun tak tahu, pegawai imigresen yang informed, so pada mula nya dia tak mau chop pasport, tapi denn pujuk , and dia bagi tahu, jika sekiranya immigresen Brunai tak bagi masuk, kena tanggung sendiri.. OK laaa, no hal .. dgn konfiden nya naik kapal terbang ke Brunai.....
Waduh waduh ... mas Joko, ia benar benar berlaku, sampai di immigresen counter, dah jadi masaalah besar pulak...dalam 15 minutes pot pet pot pet dan akhirnya depa tak chop passport dan tidak dibenarkan masuk Brunai.. akan deported balik ke Labuan... halamak... isteri pulak sudah selesai urusan immigresen di kaunter lain... tak sempat langsung nak pesan apa apa dan berjumpa for the last minute... saya telah di angkut oleh airport police...kena escort, tangan kena pegang. kiri kanan... maluuuu nya macam orang jahat baru keluar penjara di layan nya. Denn telah di bawa ke pesawat yang sama iaitu pesawat yang denn naiki untuk datang ke Brunai. Masuk jer pesawat, semua mata tertumpu, police pulak escort hingga ke tempat duduk. Pesawat tu delay di sebab kan denn....adoiiii malu nya , ada kah mereka fikir denn ini pesalah jenayah....sampai di airport Labuan, pegawai imigresesn yg sama , senyum simpul mati denn kena sound dengan nya...wa suda cakap sama lu... hehehe so gitu pulak law antarabangsa, pasport yg validity nya hanya 2 minggu suda dikira expired sudah tu.
Seb baik hotel dah book, isteri denn stay for 1 night dan fly back to Labuan the next day. Sian dia, seb baik teda terjadi apa apa dia seorangan di sana .




