sunset

sunset
Pasir Panjang , Nogori Sembilan

Monday, 12 March 2012

jadi oarng salah...

ello there.... hari nie betul bengang, patut nya cuti cuti sekolah nie bawak family pergi jalan, tapi dek kerna kena siap kan kerja di opis, maka nya niat tu dibatal kan last minute... seb baik family faham.. tapi kena kadaq..di lain masa...

Orang sebelah sana, dok cerita pasal zaman skol nya ... orang sebelah sini nak cerita pasal pernah jadi orang bersalah, di oversea lagi beb.. Ada pun pada awal perkahwinan, memang enjoy sakan, pergi ke mana mana hanya berdua. Sekarang berlima pun syiok juga... Pernah kami berdua pergi ke Brunai, 1st trip pergi hari Jumaat, masa tu Jerudong Park baru buka. Rupa rupa nya di Brunai, Hari Jumaat is off day dan Jerudong Park ditutup bagi menghormati hari Jumaat, so pergi di Jerudong Park tapi tak dapat masuk pun... tak per , tak per... lain kali bole datang lagi. So few months after that, kami pergi lagi for the 2nd trip. 
Entah macam mana, tak perasan denn punya pasport lagi 2 minggu lagi akan expired. Itu pun tak tahu, pegawai imigresen yang informed, so pada mula nya dia tak mau chop pasport, tapi denn pujuk , and dia bagi tahu, jika sekiranya immigresen Brunai tak bagi masuk, kena tanggung sendiri.. OK laaa, no hal .. dgn konfiden nya naik kapal terbang ke Brunai.....
Waduh waduh ... mas Joko, ia benar benar berlaku, sampai di immigresen counter, dah jadi masaalah besar pulak...dalam 15 minutes pot pet pot pet dan akhirnya depa tak chop passport dan tidak dibenarkan masuk Brunai.. akan deported balik ke Labuan... halamak... isteri pulak sudah selesai urusan immigresen di kaunter lain... tak sempat langsung nak pesan apa apa dan berjumpa for the last minute... saya telah di angkut oleh airport police...kena escort, tangan kena pegang. kiri kanan... maluuuu nya macam orang jahat baru keluar penjara di layan nya. Denn telah di bawa ke pesawat yang sama iaitu pesawat yang denn naiki untuk datang ke Brunai. Masuk jer pesawat, semua mata tertumpu, police pulak escort hingga ke tempat duduk. Pesawat tu delay di sebab kan denn....adoiiii malu nya , ada kah mereka fikir denn ini pesalah jenayah....sampai di airport Labuan, pegawai  imigresesn yg sama , senyum simpul mati denn kena sound dengan nya...wa suda cakap sama lu... hehehe so gitu pulak law antarabangsa, pasport yg validity nya hanya 2 minggu suda dikira expired sudah tu.
Seb baik hotel  dah book, isteri denn stay for 1 night dan fly back to Labuan the next day. Sian dia, seb baik teda terjadi apa apa dia seorangan di sana .

Wednesday, 7 March 2012

Full Moon...


Pic ini di ambil pada malam 7/3/2012.. dek kerna kamera murahan, picture nya tak la sejelas mana kan. Malam ni tarikh kalendar islam ialah 14 Rabiakhir 1433 Hijrah. Ditanggal14 dan 15 di dalam kalendar Islam adalah waktu bulan purnama....

Bagi mereka yg mengetahui kesan bulan penuh terhadap alam semesta, maka ada menafaatnya yg boleh di perolehi dari nya. Ada juga denn dengar, perubahan bulan akan mengubah sikap seseorang,, contoh nya mungkin diawal bulan dia seorang yang garang tapi bila tiba waktu bulan penuh, sikap nya akan berubah menjadi tenang. Begitu juga dgn haiwan di lautan, dikata kan lebih berisi dikala bulan purnama. Entah la kan, hanya mereka yang berpengetahuan sahaja mengetahui nya.
Bagi denn pula, bila awal bulan hati senang tapi bila tengah bulan hati kurang gembira... maklum laa poket dah kempis...heheheh tapi tu kalendar omputih.
Apa apa pun, bulan purnama adalah malam yang indah, cahaya terang menyimbah  bumi. Denn suka pula dengar lagu Francis Landong, penyanyi berbahasa Dusun Sabah.. Janji Terang Bulan., lagu P Ramli Kau laksana Bulan juga syiok di dengar... memang bulan di jadikan oleh orang dahulu sebagai simbol unsur kecantikan dan kebaikan seseorang. Ohhh dara, wajah mu indah laksana bulan,, aku terpesona kecantikan wajah mu yg umpama bulan....tu madah berhelah jejaka memikat dara di zaman sebelum penaklukan Jepun agak nya....denn suka melihat bulan penuh...suasana nyaman dan indah , boleh membuat kita teringat pada kesah silam ... mcm punggok rindukan bulan gitu..hehehe
Kini di era zaman maju, penerokaan ke bulan sudah di capai oleh negara maju  malah lebih jauh ke planet planet yang lain... bijak bijak kepala otak dia orang kan. Ada pula denn dengar, bahawa NASA telah menghantar monyet terlebih dahulu ke bulan sebelum Neil Amstrong menjejak kaki di  bulan. Yang lebih menarik nya monyet tersebut berasal dari Malaysia,.. hmmm terfikir juga kan, kalau monyet Malaysia sudah sanpai ke bulan, bila pula rakyat @ manusia dari Malaysia boleh menjejaki kaki di bulan.... kwang kwang kwang..berjaya kah Malaysia membentuk sebagai sebuah negara maju dalam masa 8 tahun lagi...2020 vision by Tun Mahathir perlu kita gerapkan pada generasi muda, terutama anak anak kita.

Me n Tun Mahathir, vision 2020 perlu dicapai

picture first then story nya later...lom ada masa

Istana Raja Malewar di Linggi , Nogori Sembilan



Istana Sri Menanti , Nogori Sembilan..


Teratak Zaaba, Pendita Tanah Air, di Bahau Nogori Sembilan

Sunset di Pasir Panjang, jeti nelayan
Kerang sambal.... perghhh terangkat beb, di Pasir Panjang.


Ayam Kampung masak cili padi.. di Sg Udang

Gulai itik di Sg Udang... bawah pohon sawit

hidangan tengah hari... di bawah pohon sawit
Cendol power... boleh tambah till you drop.. eat all u can gitu.

Monday, 5 March 2012

TEMERLOH.... tanah lahir ku

elloo... dah lama denn tak hupdate blog, baru buat 6 entry dah tak ada modal.
Last sunday, denn jalan jalan pergi ke tepian sungai Pahang.. baru snap 10 pic. kamera abis battery la pulak, kebetulan pg situ pun secara kebetulan, entah mcm mana  rasa teringin nak makan gulai ikan patin.. Denn sempat ambil few snap utk buat promote bandar Temerloh, bandar ikan patin.Gulai ikan patin yang paling kick dan menyengat ialah di dot dot dot... nak tahu bagaimana rasa nya, kena datang ke sini ekkk...
Temerloh menjadi terkenal kerana ikan patin, could be the best patin in the earth. Paling popular dengan masakan gulai tempoyak.Penternakan ikan patin telah diusahakan secara komersial sejak tahun 90an, dimana diternak secara sangkar disepanjang sg pahang dan sg semantan. Harga patin sangkar sekarang ialah Rm 13 sekilo manakala patin liar yg terdapat di sungai mencecah harga Rm 100 sekilo, lebih lagi pun mungkin ada...Denn teringat masa kecik kecik dulu, my big brother, dapat dua ekor patin hasil dari menjaring...Omak denn bilang, baik di jual jer ikan tu, buat beli beras...masa itu pun kami dapat Rm 150 .. wow  big money u know... 30 tahun lepas. Sekarang nak mendapat patin ori bukan nya senang lagi. Seumur hidup denn, cuma pernah merasa patin ori hanya dua kali sahaja.... memang berbeza.
Di Temerloh, mungkin ramai orang luar yang sudah terkena...sebelum order, tanya dulu, samada patin ori atau sangkar.... walaubagaimana pun restoran yang menyediakan gulai tempoyak patin ori, tidak lah banyak, boleh kira dengan jari. Kalau korang datang ke Temerloh, carilah gerai berdekatan dgn tapak pekan sehari, atau dikenali lurah semantan.. disana terdapat banyak gerai yg menyediakan gulai tempoyak ikan patin. Bukan hanya org luar, denn lihat org Temerloh sendiri sgt menggemari nya, jika di majlis kenduri, gulai patin la yg menjadi tumpuan. To me the best gulai tempoyak patin ialah yg di sedia kan oleh my home minister... terbaikkk beb...


gulai ikan patin , nie harga nya dalam Rm 8 sepotong, kalau yang ori dari sungai harga nya berlipat kali ganda

Esplanade Temerloh... gah juga nama nya kan, di tepian sungai pahang dan berdekatan dgn kuala sungai semantan
jambatan gantung di kuala sg semantan...ala ala jambatan Tamparuli kot...pak pak kang kudo, sumunsui do jambatan, jambatan do tampaluri, bakasut tinggi oku... aduiiii teringat kenangan di sabah.
jambatan utama yg menghubungkan dgn tanah seberang, jambatan besi telah digantikan dgn jambatan konkrit .. dibuka dlm tahun 70an..masa tu denn kocik lagi..
bot panjang, boleh charter utk menyusuri  di sepanjang sg pahang
tapak pekan sehari, hari minggu... mcm mcm ada di sini, dibuka seawal pagi jam 7 hingga ke tengah hari. Usia pokok jati diatas mungkin telah mencecah 100 tahun agak nya.