sunset

sunset
Pasir Panjang , Nogori Sembilan

Wednesday, 7 March 2012

Full Moon...


Pic ini di ambil pada malam 7/3/2012.. dek kerna kamera murahan, picture nya tak la sejelas mana kan. Malam ni tarikh kalendar islam ialah 14 Rabiakhir 1433 Hijrah. Ditanggal14 dan 15 di dalam kalendar Islam adalah waktu bulan purnama....

Bagi mereka yg mengetahui kesan bulan penuh terhadap alam semesta, maka ada menafaatnya yg boleh di perolehi dari nya. Ada juga denn dengar, perubahan bulan akan mengubah sikap seseorang,, contoh nya mungkin diawal bulan dia seorang yang garang tapi bila tiba waktu bulan penuh, sikap nya akan berubah menjadi tenang. Begitu juga dgn haiwan di lautan, dikata kan lebih berisi dikala bulan purnama. Entah la kan, hanya mereka yang berpengetahuan sahaja mengetahui nya.
Bagi denn pula, bila awal bulan hati senang tapi bila tengah bulan hati kurang gembira... maklum laa poket dah kempis...heheheh tapi tu kalendar omputih.
Apa apa pun, bulan purnama adalah malam yang indah, cahaya terang menyimbah  bumi. Denn suka pula dengar lagu Francis Landong, penyanyi berbahasa Dusun Sabah.. Janji Terang Bulan., lagu P Ramli Kau laksana Bulan juga syiok di dengar... memang bulan di jadikan oleh orang dahulu sebagai simbol unsur kecantikan dan kebaikan seseorang. Ohhh dara, wajah mu indah laksana bulan,, aku terpesona kecantikan wajah mu yg umpama bulan....tu madah berhelah jejaka memikat dara di zaman sebelum penaklukan Jepun agak nya....denn suka melihat bulan penuh...suasana nyaman dan indah , boleh membuat kita teringat pada kesah silam ... mcm punggok rindukan bulan gitu..hehehe
Kini di era zaman maju, penerokaan ke bulan sudah di capai oleh negara maju  malah lebih jauh ke planet planet yang lain... bijak bijak kepala otak dia orang kan. Ada pula denn dengar, bahawa NASA telah menghantar monyet terlebih dahulu ke bulan sebelum Neil Amstrong menjejak kaki di  bulan. Yang lebih menarik nya monyet tersebut berasal dari Malaysia,.. hmmm terfikir juga kan, kalau monyet Malaysia sudah sanpai ke bulan, bila pula rakyat @ manusia dari Malaysia boleh menjejaki kaki di bulan.... kwang kwang kwang..berjaya kah Malaysia membentuk sebagai sebuah negara maju dalam masa 8 tahun lagi...2020 vision by Tun Mahathir perlu kita gerapkan pada generasi muda, terutama anak anak kita.

Me n Tun Mahathir, vision 2020 perlu dicapai

3 comments:

Anonymous said...

ada ni org yang mcm tu pungguk rindukan bulan...kan bulan tu penuh, cantik dan tenang mata memandang..bila saja sesorang tak kira wanita or lelaki teringat kan sesorang..dia pasti pandang bulan..muka yang dirindui akan muncul dibulan..wakakakakaka.....jangan angau sudah lah kannnnn...

sha said...

susah juga mo dengar bunyi punggok sekarang.. tiada lagi kedengaran, mungkin dia suda boring kerana bulan teda juga turun ke bumi.. hehe saya kena masuk kampung kalo mo dengar suara burung punggok... di sana banyak lagi ka burung punggok

Anonymous said...

yang mantap tu yang bergambar dengan Tun M...hehehehe